Wednesday, December 15, 2010

Solat !!!!

Assalamualaikum , sorry la blog ni dah lame x update . InsyALLAH kali ni omar nak cerita sikit tenang perkara wajib yang perlu kita buat iaitu solat . Hafiz pun dah cerita pasal solat omar pun nak cerita pasal solat jugak . Just click read more untuk maklumat lebih lanjut....
Solat merupakan tiang agama kepada umat Islam . Jika kita tertinggal solat maka, kita akan diseksa diakhirat kelak . Imam Syafie pernah berkata orang yang meninggalkan solat maka, bunuhlah dia . Oleh itu , kita hendaklah bertaubat sesungguhnya pintu taubat terbuka sepanjang masa sehinggalah matahari terbit dari barat . Pada zaman sekarang terdapat pelbagai alat yang dapat melalaikan kita darpada menunaikan solat seperti game , internet dan sebagainya . Omar pun kadang-kadang lalai jugak dengan bende-bende ni maka , kita hendaklah saling mengingati antara satu sama lain . Jika kita tengah chat dengan rakan kita terutamanya di facebook , kalau boleh tegur la mereka dan tanya mereka dah solat ke belum ? . Adakah anda pernah terfikir tentang solat bahawa solat itu adalah cara kita berinteraksi dengan ALLAH S.W.T. kerana semua percakapan kita sewaktu solat adalah dalam bentuk memuji-NYA . Cuba anda perhatikan doa iftitah yang dibace pada awal solat yang bermaksud :

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Kalau kita lihat maknanya dengan mendalam adakah kita akan meninggalkan solat fardhu lima waktu ? Kita hendaklah solat secara istiqamah yang bermaksud berterusan melaksanakan perintah Allah . Oleh itu , kita hendaklah mendirikan solat dengan berterusan .

Kita semua tahu bahawa kalau solat berjemaah pahalanya 27 kali ganda dengan solat biasa .

Omar nak cerita sikit tentang seorang wali Allah . Dia tidak pernah tinggalkan solat secara berjemaah . Pada suatu malam ada tetamu datang ke rumahnya selepas waktu maghrib . Dia pun melayan tetamu sehingga tetamu itu pulang . Dia telah sedar bahawa dia telah tertinggal solat isyak secara berjemaah maka dia terus pergi ke masjid yang berdekatan tetapi semua para jemaah sudah habis solat isyak secara berjemaah . Dia terus mencari masjid yang mana belum habis solat isyak secara berjemaah tetapi semua masjid telah selesai menunaikan solat isyak secara berjemaah . Dia terus pulang ke rumahnya untuk solat isyak . Dia bukannya solat isyak sekali tetapi dia solat 27 kali kerana dia tahu bahawa solat berjemaah pahalanya 27 kali ganda dengan solat berseorangan . Malam itu dia didatangi dengan mimpi . Dalam mimpinya dia bermimpi dia menunggang seekor kuda yang sangat lambat tetapi rakan-rakannya menunggang kuda sangat laju . Rakan dia berkata kepadanya "Kamu tidak akan dapat mengejar aku kerana kuda kamu sangat lambat". Apabila dia bangun daripada tidur dia sedar bahawa solat isyaknya tdak menyamai solat secara berjemaah .

Sampai disini sahaja untuk post kali ini . Kalau ada salah dan silap tolong bagi tahu Omar ok . Assalamualaikum .
Categories:

0 comments:

Post a Comment